Malaysia Dateline

‘Buat apa tangguh, batal je terus’ – Netizen tak setuju kerajaan tangguh cop SIRIM pelitup muka?

‘Buat apa tangguh, batal je terus’, betul ke netizen masih tak setuju tentang isu cop SIRIM pada pelitup muka walaupun penguatkuasaan itu akan ditangguhkan? 

Pada semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

Rata-rata pun mengetahui semenjak kerajaan mengumumkan perlunya mendapat SIRIM bagi pelitup muka, netizen menyatakan rasa kurang setuju dengan penetapan tersebut.

Pelitup muka bukan perubatan kena ada tanda MS SIRIM

Biarpun selepas penangguhan diumumkan, netizen beranggapan penguatkuasaan SIRIM itu harus dibatalkan terus.

“Tak payah tangguh. Batalkan je terus.

“Ini menambah beban kepada para peniaga yang akan menyalurkannya kepada pengguna. Negara-negara di seluruh dunia secara beransur-ansur sudah menarik balik arahan memakai pelitup muka, dan kini kerajaan menjadikannya lebih rumit kepada rakyat Malaysia?,” soal pengguna Twitter, @faizalhamssin.

Dia juga berkata, jika empat orang ahli keluarga memakai tiga pelitup muka sehari, dianggarkan mereka memerlukan 360 pelitup muka sebulan.

Jika kos pelitup muka berharga RM0.50 (kerana jenama pelitup muka yang mempunyai SIRIM tentulah mahal), maka keluarga itu terpaksa mengeluarkan sejumlah RM180 sebulan hanya pada pelitup muka.

Saya tetap nak jawapan siapa bagi idea sampah ni

Sementara itu, ada juga pengguna yang bertegas masih mahukan jawapan bagaimana idea untuk mendapatkan cop SIRIM ini boleh timbul secara tiba-tiba selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Saya tetap nak jawapan apa rasionalnya untuk ada cop SIRIM. Nak juga tahu siapa yang bagi idea sampah ini,” tulis pengguna Twitter.

“Kapitalis ekonomi punya kerja je sebenarnya ni. Nak cop SIRIM bagai. Selama tempoh pandemik dulu tak ada pun kisah tentang kualiti SIRIM ni. Janji pakai sudah. Haisshh yang kaut untung mereka dan keluarga mereka,” ciap pengguna lain.

Ada juga pengguna yang menyindir penguatkuasaan itu dan mengaitkan dengan angka kes Covid-19.

“Oh baru ku tahu. Kes banyak sekarang ni sebab pakai ‘face mask’ tak berkualiti. Rasanya lepas pakai pelitup muka ada cop SIRIM, kes akan menurun dan jadi kosong mungkin?,” tulis pengguna @ashelaaaaaaa

Orang awam tidak akan didenda

Untuk pengetahuan anda, denda hanya akan dikenakan terhadap pengilang dan pengimport yang tidak patuh dengan penguatkuasaan cop SIRIM dan bukannya kepada orang awam.

Syarikat yang tak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya akan didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tak melebihi selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod, penangguhan yang diumumkan kerajaan akan bermula 1 Januari tahun depan.

Jadi kepada penjual pelitup muka, anda kena lebih berhati-hati untuk dapatkan stok mask supaya tak mendatangkan kesusahan pada anda.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/tak-perlu-sampai-macam-ni-jurutera-jawab-kenapa-tak-berbaloi-isi-minyak-sampai-gigih-jack-kereta/

Baca juga: https://themalaysialife.com/sabri-yunus-tak-kejar-gelaran-datuk/