Ibu bapa kalau boleh nak jimat sehabis baik, bab pakaian mahupun makanan apatah lagi kos makan di luar lebih banyak.
Bila buat di rumah, anak pun tak berebut boleh makan sebanyak mana tanpa perlu risau duit habis, hanya keluarkan modal untuk beli bahan sahaja.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nor Haidah Md Said tentang cara goreng ayam ala KFC, kulit kekal rangup dan tak perlu guna telur masa perap.
Tip buat ayam goreng krispy
Bahan-bahan:
- Tepung ayam jenama Bestari (jenama lain pun tiada masalah)
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Ayam
- Minyak masak
Cara-cara:
- Mula-mula perap dulu ayam dengan tepung bestari, jangan pekat sangat atau terlalu cair, pastikan bersalut elok sahaja dengan ayam dan perap selama 15 minit.
- Kemudian sediakan tepung untuk salutan kering.
- Campurkan tepung bestari, tepung gandum dan tepung beras, boleh sahaja nak samakan nisbah untuk semuanya.
- Panaskan kuali, isikan minyak biar sampai separuh kuali dan pastikan minyak betul-betul panas baru kecilkan api.
- Masa celup ayam tu, pastikan buat ia satu-satu dan pastikan setiap bahagian bersalut elok.
- Pastikan semua ayam tenggelam dalam minyak, dan ada ruang dalam periuk untuk terbalikkan ayam tu nanti.
- Bila ayam masuk nanti suhu minyak akan turun sedikit maka kuatkan api sehingga minyak panas sebelum kecilkan semula api.
- Proses goreng ayam ni dalam 20 minit, kalau potongan kecil waktunya lebih sedikit dan boleh set kan masa agar tak hangit ayam.
Baca juga: Lelaki guna cara unik pecah rekod nasi kandar, keluarkan RM450 belanja orang makan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio