Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Buat azam tahun baharu jayakan negara, kata Mahathir

Buat azam tahun baharu jayakan negara, kata Mahathir

BernamaJanuary 6, 2020 11:47 am




Tun Dr Mahathir Mohamed berharap azam tahun baharu yang dibuat bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi juga untuk menjayakan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2030.

Dalam pertemuan pertama dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tahun ini, Perdana Menteri berkata jika semua pihak termasuk jentera kerajaan berusaha bersungguh-sungguh, Malaysia akan berjaya mencapai matlamat untuk berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

“Saya harap tahun 2020 yang penuh bermakna bagi kita akan menjadi tahun permulaan bagi langkah yang akan membawa kejayaan kepada negara kita, supaya pada tahun 2030 kita akan diiktiraf sebagai negara maju,” katanya.

Bagi mencapai matlamat itu, Dr Mahathir berkata, Malaysia akan menceburi bidang-bidang canggih supaya negara ini akan dilihat sebagai negara maju yang moden dan boleh bersaing dengan negara maju yang lain.

Ketika ini, katanya, bidang teknologi Malaysia sudah mampu mengambil bahagian dan mengeluarkan barangan mereka sendiri.

“Kita hari ini mampu membuat dron umpamanya sesuatu alat yang canggih yang diperlukan untuk pembangunan negara, dan kita akan terus melibatkan diri dalam bidang-bidang canggih yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata barisan Kabinet dan pegawai kerajaan perlu menjalin kerjasama yang erat bagi memastikan segala dasar untuk membangunkan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Kita telah perkenalkan dasar baharu iaitu dasar Wawasan Kemakmuran Bersama, kita bukan saja menyatakan wawasan ini tetapi kita harus melaksanakannya.

“Untuk ini banyak kerja perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan jentera kerajaan yang kekal. Kerjasama ini amat penting sekali kalau kita ingin melihat kejayaan negara kita,” katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu mengetepikan perasaan peribadi dan menumpukan kepada pembangunan negara.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan cara-cara untuk membantu mereka dan ia perlu disambut dan diamalkan oleh mereka.

“Memang ada yang tidak mampu, tidak ada kemahiran, tidak ada pengetahuan, tetapi semua ini boleh diatasi kalau kita sanggup belajar untuk membuat sesuatu, bukan saja membuat kerja tetapi cara-cara, sikap kita terhadap tugas-tugas kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang membenarkan siapa yang sanggup berusaha untuk menambah pendapatan.

Katanya, golongan kaya juga diperlukan untuk membayar cukai kepada kerajaan yang akhirnya akan digunakan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan serta memajukan negara.

“Yang kaya mestilah berusaha untuk menolong yang miskin sekurang-kurangnya bukan sahaja (melalui) CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi juga membayar cukai sepenuhnya,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production