Sebuah video lama pada tahun lalu tular kembali di media sosial menunjukkan seorang lelaki berusia 68 tahun sanggup bekerja sebagai seorang penghantar makanan dengan keadaan dirinya terlihat begitu tua dan fizikalnya agak berbongkok.
Video tersebut dikongsikan pemuda Dannyashraf di TikTok yang memberitahu dia ketika itu juga bekerja sebagai penghantar makanan Grab dan terserempak dengan lelaki tua yang mengenakan kemeja lusuh dan berseluar hitam.
Dikatakan lelaki tua itu baru bekerja 2 bulan sebagai penghantar makanan kerana mahu mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupannya.
“Atuk ni aku jumpa masa aku buat Grab. Dia pun buat Grab umur dah 68 tahun, baru 2 bulan buat Grab.
“Sedih bila dia cakap dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ini kerja bawa lori. Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk teringat arwah atuk saya,” tulis individu tersebut dalam kapsyen di video.
Video tersebut kemudian mendapat perhatian ramai yang melahirkan rasa simpati dengan situasi dihadapi warga emas itu sehingga terpaksa bekerja walaupun pada usia tuanya.
Mengetahui susah payah menjadi seorang penghantar makanan yang perlu meredah panas dan hujan, ramai yang menitipkan doa untuk keselamatan warga emas ini.
Baca juga: Ustaz Kazim tidak jadi bertanding, tarik diri sebagai calon BN
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio