Umum tahu perihal sanwic ‘ham & cheese’ yang tular selepas didapati tidak mempunyai cop halal dan dijual kepada penduduk universiti.
Terbaru pelawak Harith Iskander dilihat tidak sensitif mengenai isu berkenaan apabila memuat naik hantaran di Facebook, membuat lawak akan isu tersebut.
“Saya sangat keliru, iman saya tergugat, Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam banyak cara.
“Bukan sahaja ia menggoda saya untuk menjadi hamsap tetapi juga mengelirukan saya dengan perkataan ‘ham’ dalamnya. Ni untuk minum atau makan?
“Saya mesti buat laporan polis kerana saya sangat lemah, saya telah hilang semua keupayaan untuk menggunakan logik. Siapa lagi yang keliru?” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Rata-rata netizen dilihat tidak berpuas hati akan hantaran dimuat naik pelawak tersebut, kini dia sudah menutup ruangan komen selepas dibanjiri orang ramai.
“Aku pun sedih dengan lawak HAMbar kau ni. Patut dah lama dalam industri jadi makin dihormati dan jadi contoh pada masyarakat tapi HAMpeh.
“Bila semua benda nak dijadikan lawak. Hati-hati bila banyak sangat gelak dekat sini, kat sana tak tahu nasib kita.
“Lawak ‘ham’bar. Dia buat lawak dalam rumah tangga, rumah tangga hancur. Dia buat lawak dalam masyarakat, masyarakat hancur,” antara komen netizen.