Malaysia Dateline

Buat pekerja gig dan pencari kerja – Skim insurans hayat antara tawaran PH yang tidak dijanjikan PN, BN

Skim insurans hayat dan khairat kematian berjumlah RM10,000 antara tawaran Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini buat golongan pekerja gig ekonomi dalam e-hailing dan p-hailing.

Kedua-dua bentuk inisiatif yang diumumkan pada 2 November itu sama sekali tidak terkandung dalam janji Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) ketika pelancaran manifesto masing-masing pada 6 dan 7 November lalu.

Dalam masa sama, bagi memastikan kelancaran tadbir ekonomi gig, PH akan menubuhkan badan kawal selia selain insentif kepada syarikat ekonomi gig bagi latihan kemahiran.

Sementara itu, berbanding PN dan BN, PH lebih memberi fokus pada golongan pencari kerja dengan bantuan elaun bagi pekerja kontrak yang aktif mencari kerja.

Malah, ketika PN dan BN memandang sepi kebajikan golongan pencari kerja, PH menawarkan elaun penjaga bagi mereka yang terpaksa berhenti kerja kerana menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah.

Pekerja gig dan pencari kerja yang berusia 18 hingga 40 tahun merupakan antara 58 peratus daripada lebih 21 juta pemilih berdaftar pada PRU15.

Belia berusia 18 hingga 20 tahun pula merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Pengundi muda dan baharu rata-ratanya dikatakan masih ‘atas pagar’ tetapi undi golongan terbabit berpotensi jadi penentu siapa bakal membentuk kerajaan.

Baca juga Macam-macam pilihan e-payment – Google Wallet dah boleh diguna sekarang

Baca juga Letak kaki atas kerusi masa tonton wayang, wanita dikecam tiada adab