Buat pendedahan atau ROS sahkan agensinya alat dan jentera Umno

Buat pendedahan atau ROS sahkan agensinya alat dan jentera Umno

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Pendaftar Pertubuhan Malauysia (ROS) adalah satu lagi agensi awam yang menjadi alat dan jentera salah guna kuasa Umno, bertujuan untuk menyelamatkan kerajaan Perdana Menteri (PM) Najib Razak.

Ia kata beliau, ekoran kegagalan agensi awam tersebut yang sehingga kini masih gagal mendedahkan kepada umum beberapa perkara berkaitan isu pengharaman Umno.

Kata Haniff, pada 28.02.2018 melalui tulisannya, beliau telah memberi pandangan tentang krisis keperlembagaan Umno, yang muncul selepas tarikh 01.03.2018, di atas kegagalan cawangan Umno untuk mengadakan pemilihan pada atau sebelum 28.02.2018, dan kesan yang boleh membawa kepada pengharaman Umno oleh pihak ROS.

“Pada 01.03.2018 Malaysian Insight di bawah tajuk “RoS patut isytihar Umno haram 19 April, kata peguam Dr Mahathir” telah merujuk dan memetik kandungan penulisan saya di Siri:1305 itu, sepertimana yang telah saya muat naik di Siri:1307.

“Selepas tempoh lima (5) hari, tanpa mana-mana pemimpin Umno ataupun Peguam Umno membuat apa-apa kenyataan berkaitan isu pengharaman Umno ini, tiba-tiba Malaysian Insight 05.03.2018 di bawah tajuk “ROS sah lulus permohonan Umno tangguh pemilihan parti”, telah melaporkan seperti berikut :

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan kelulusan permohonan parti Umno untuk perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi bagi 2017.

ROS dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Menurut ROS, Umno telah menetapkan supaya pemilihan tersebut diadakan pada 19 April 2019.

“Adalah diingatkan bahawa setiap parti (dan pertubuhan) berdaftar hendaklah menjalankan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya. – Bernama, 5 Mac, 2018.”,” kata beliau dalam tulisan terbaharu beliau.

Ekoran itu kata Haniff, beliau ingin menampilkan cabaran sahih kepada pihak ROS untuk mendedahkan kepada orang awam sepertimana yang ROS sering suka lakukan bila berkaitan parti-parti politik lain selain Umno, akan perkara-perkara seperti berikut :

Bilakah “permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019” itu telah dibuat oleh Umno kepada ROS?

(a) Apakah tarikh sebenar kelulusan Usul Majlis Tertinggi Umno berkaitan keperluan “permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019” itu dilakukan, sepertimana ianya sewajibnya dimaklumkan kepada ROS dalam permohonan itu ?!

(c) Atas peruntukan / Fasal mana dalam Perlembagaan yang dikatakan ROS bahawa “permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019” itu adalah kononnya SAH dan terpakai ?!

(d) Jikapun, “permohonan untuk penangguhan pemilihan lanjut dari 19.04.2018 ke tarikh 19.04.2019” itu sebenar-benarnya wujud sebelum dari tarikh Kenyataan ROS pada hari ini, maka kenapakah ianya tidak diumumkan oleh Umno mahupun dimaklumkan oleh ROS kepada orang awam sebelum daripada penulisan saya di Siri: 1305 pada 28.02.2018 ataupun sebelum Laporan Malaysian Insight 01.03.2018, yang merujuk dan memetik kandungan penulisan saya di Siri: 1305 itu diterbitkan, seperti di Siri:1307?

Beliau juga turut juga mengumumkan bahawa sekiranya, ROS tidak membuat pendedahan perlu terhadap kesemua empat (4) persoalan yang ditampilkan di Perenggan 4(a) hingga 4(d) atas; maka terbuktilah bahawa ROS adalah satu lagi agensi awam yang menjadi alat dan jentera salah guna kuasa Umno.

Dan ia bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan kerajaan Najib Razak, katanya.

2.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 5.0
CATEGORIES