Buat roti canai bentuk ular, warganet cakap inilah masa nak rasa makanan eksotik

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai penjual makanan pastinya kita akan membuat sesuatu yang unik untuk menarik pelanggan membeli, kreatifnya lelaki ini hingga sanggup buat roti canai bentuk ular.

Namun bentuk binatang yang terlalu unik pastinya agak mengerikan untuk dilihat sebelum dimakan oleh pelanggan.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan mengenai penjual roti canai, Che Harun Ali memilih bentuk ular sebagai bentuk roti canai yang dijual di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu.

Seorang lelaki Kavi Ajasya, berkongsi gambar roti canai tersebut di dalam Facebook ASEAN World 24 – Southeast Asia Network.

roti canai

Pada masa sama ada pengguna Amalina Aziz mahu mencuba roti canai yang terlihat seperti makanan eksotik tersebut.

“Hahaha aduh kena cari ni. Makanan eksotik yang halal,” katanya.

Rakannya, Syahidah Hadihays membalas komen tersebut dengan menyatakan asal boleh acah macam makan ular.

“Walaupun bukan rasa sebenar tapi boleh la acah-acah makan ular,” ujarnya.

Pengguna rata-rata geli melihat gambar tersebut, malah mengaku tidak sanggup untuk memakannya.

“Maaflah tapi memang tak akan makan,” kata Husna Baharin.

“Taubat aku tak makan,” tambah Ismi Mazita.

Baca juga: Lelaki habiskan lebih RM500,000 untuk makanan, siap jual barang ‘curi’ atas talian lepas jumpa ‘loophole’ di FoodPanda