Biasanya kalau nak beli penyembur untuk hilangkan bau dan karat ni biasanya dijual secara berasingan tapi kalau nak jimat buat sahaja di rumah.
Tak perlu memandu jauh semata-mata nak beli penyembur, semua bahan digunakan wajib ada di rumah.
Ikuti perkongsian Yati Emira mengenai cara buat penyembur ‘homemade’ menggunakan tiga bahan sahaja.
“Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada tiga botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah atau pray langsir bila bau asap dan juga untuk tandas.
“Untuk penyembur langsir dan tandas tu, saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.”
Cara buat penyembur ‘homemade’
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan cuka
- 7 1/2 cawan air
- 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara-Cara:
- Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
- Sembur kepada perkakas yang berkarat dan sental menggunakan sabun pencuci dan berus dawai.
- Pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak.
Spray ni juga boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing.
Kalau setakat spray untuk kurangkan bau tandas yang tak diingini, tak nak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka dan air je.
Nak guna sabun mandi pun boleh. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindak balas dengan cuka.
Baca juga: Rugi kalau buang sahaja, rupanya boleh buat duit ‘extra’ dengan jual minyak masak terpakai
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio