Buat tak endah anak sakit, rupanya suami durjana sibuk bermaksiat dengan adik ipar

Oleh MAISARAH AISYA

Kes-kes melibatkan pasangan yang curang semakin bertambah di Malaysia, malah mereka seolah-olah tidak sedar akan dosa yang dibuat.

Bayangkan pasangan sibuk menjaga anak, tapi suami atau isteri boleh bermaksiat hingga lepaskan tanggungjawab.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui suaminya curuang, lebih menyedihkan perampas tersebut adalah adiknya sendiri.

Di bawah adalah perkongsian wanita tersebut.

Salam min, tolong hide profile saya. Ini saya pinjam akaun kawan, rebahnya hati seorang isteri, bila saya dapat tahu suami saya curang.

Bukan curang dengan orang lain tapi dengan adik kandung saya sendiri.

Mereka sudah menjalinkan hubungan selama lebih dari tiga bulan tapi dah bermacam-macam yang mereka lakukan termasuklah tidur bersama.

Suami saya bekerja sebagai pemandu lori trailer, dalam seminggu, hanya dua atau tiga kali sahaja dapat jenguk saya dan anak-anak.

Dia jarang balik rumah malah tak pernah tidur dengan saya. Allah je tahu perasaan saya sekarang ni.

Sebelum ni adiklah tempat saya mengadu, tempat saya meminta bantuan, tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati saya.

Pada awal bulan hari tu, suami saya telah dibuang kerja. Jadi suami buat keputusan untuk tinggal di kampung bawa anak-anak memandangkan saya masih berniaga di pasaraya.

Saya pun setuju dan tak sangka itu rupanya helah mereka.

Membuat maksiat depan anak-anak di kampung, rumah ibu saya. Semua terbongkar apabila anak kelima saya sakit masuk ke hospital.

Sepanjang dalam wad, suami saya tak ada bertanya tentang apa-apa perkembangan malah marah-marah saya bila saya minta tolong suami datang melawat.

Dia seolah-olah tidak mahu langsung jenguk kami. Dengan keadaan saya yang letih berjaga siang malam sebab anak tak sihat.

Suami kemudian datang berjumpa saya dengan menyatakan hasrat untuk menceraikan saya kerana terlalu menyayangi adik saya sendiri.

Suami saya juga telah mengaku dan jujur di hadapan saya tentang ketelanjuran dia bersama adik saya.

Saya seolah macam separuh sedar, masih mengharap itu semua mimpi. Bertalu-talu soalan saya ajukan, menggigil tubuh badan.

Adik saya menafikan tapi Allah maha mengasihani, Allah tunjukkan satu persatu bukti dengan gambar.

Baju kecil yang tertinggal di lori, dengan mesej-mesej dan saksi-saksi yang ada. Saya menangis sampai dah tak ada air mata.

Hari ini saya kuatkan diri pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Suami pun setuju untuk lepaskan saya sebab dia akui memang terlalu sayang pada adik saya.

Keluarga saya tak percaya malah menuduh saya mereka cerita. Walhal semua bukti dan pengakuan dari suami sendiri sudah jelas.

Saya mohon doa dari kalian. Doakan saya tabah dengan ujian Allah. Buat adik saya, walau apa pun yang terjadi, kau tetap darah daging ku.

Aku maafkan apa yang berlaku. Terima kasih kerana buat aku bertukar status. Tolong doakan aku kuat bersama anak-anak aku lima orang.

Adik sendiri sanggup musnahkan hubungan kakak hanya kerana nafsu semata, seharusnya mereka yang membela kakak tapi ini pula sebaliknya.

Baca juga: Langsung tak pakai kertas undi, rakyat negara ini pilih wakil rakyat guna guli