Buat tersenyum di pagi hari, aksi si cilik beri ‘mini love’ hibur netizen

Oleh ARIF ATAN

Seorang pemandu mengaku tersenyum di pagi hari selepas si cilik sempat memberikan ‘mini love’ kepadanya ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

Aksi kanak-kanak perempuan berpakaian baju sekolah itu yang berjaya dirakam dan dikongsikan di media sosial itu meraih perhatian dan menghiburkan netizen.

“Pagi-pagi kita dapat ‘mini love’. Terkejut acik (makcik). Acik tengah sedih terus hilang sedih.

“Terima kasih kerana anak puan dah buat saya tersenyum di pagi hari,” tertera kapsyen pada video yang dikredit atas nama Kaklong Legacy itu.

Rata-rata warganet turut meninggalkan emoji ‘love’ di ruangan komentar selain menyifatkan keletah murid itu amat comel dan menyenangkan hati.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat tindakan merakam video secara sembarangan mungkin tidak sesuai jika berada di negara luar.

“Comel je. Kalau di negara lain, dah kena tunjuk jari tengah dah ni main rakam-rakam begini,” tulis Ayie Ramle.

Baca juga Kereta kena pecah kerana menghalang, aksi wanita ini buat warganet terkejut

Baca juga Pasangan dera anak angkat sebab enggan makan nasi bakal didakwa