Bila mengeluarkan banyak wang dalam satu masa, adalah lebih baik jika tidak memuat naik video kerana bimbang ada mata yang memerhati.
Orang ramai menyelar tidnakan seorang pengguna TikTok yang memuat naik video dirinya memasukkan duit berjumlah RM1.45 juta banyak ke dalam beg.
“Harap-harap tak fyp (for you page), takut ramai minta duit raya hehe! Yang nak duit raya masuk dekat-dekat, yang tak nak mohon main jauh-jauh,” ujar kapsyen @farhanazahra91
Lebih menarik perhatian apabila admin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut meninggalkan komen pada video tersebut seolah-olah memberi kata-kata memerli.
“Banyak duit itu, ada panggil kami tak,” tulisnya.
Rata-rata warganet tidak senang dengan tindakan pengasas produk kecantikan itu yang dilihat mampu mengundang musibah kepada diri sendiri.
“Duit yang kita ada sekarang ini belum tentu kekal milik kita, moga pasangan ini lakukan sedekah juga untuk lebih berkat, bukan tayang duit semata-mata,” kata seorang pengguna.
“Kak, kami tak berduit mampu lihat sahaja tapi ada yang lain mampu buat sesuatu, hati-hati,” komen Fariq Akasyah.
Baca juga: Tular video cium budak lelaki di mulut, tokoh keagamaan mohon maaf