Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bubar Parlimen:  PRU untuk rakyat atau politik rebut kuasa, soal Raja Bahrin

Bubar Parlimen: PRU untuk rakyat atau politik rebut kuasa, soal Raja Bahrin

SITI NURZAWANI MISCONJuly 22, 2019 1:11 pm




AMANAH Terengganu berpendapat kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung lebih awal sebagai aneh dan tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin berkata, saranan tersebut seolah-olah tidak meraikan serta menghormati hak anak muda berumur 18 tahun yang perlu sedikit masa bersedia untuk boleh mengundi.

“Pilihanraya umum diadakan untuk memilih Kerajaan Persekutuan Pusat untuk mentadbir Negara dan bukan untuk memuaskan nafsu ahli politik yang hanya ghairah untuk berpolitik berterusan tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

“Kenapa apabila giliran kerajaan PH memerintah baru sampai setahun sudah tidak sabar-sabar hendak minta PRU pula?

“Kalau iya pun sedang mabuk bercinta dengan Umno, elok lah cuba berlaku sedikit adil kepada PH. Lagi pun UMNO sudah berpeluang lebih 60 tahun memerintah. Berlaku adil lah wahai PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan Timbalan Presiden itu tentang kata-katanya bahawa PRU hanya merugikan rakyat.

Malah katanya, ia bukan cara politik matang untuk masa hadapan rakyat yang perlu pembelaan keperluan asas seperti perumahan, peluang perkerjaan dan mengatasi isu kos sara hidup.

“Bukankah dahulu PAS juga berkata PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan kerapkali merugikan rakyat dan Negara?

“Adakah adil kepada rakyat untuk PAS meminta tumpuan Negara dan sumber kewangan Negara yang baru setahun melalui PRU untuk menghabiskan masa dan dana bagi memenuhi nafsu ahli politik yang tidak habis-habis berpolitik dan ingin merebut kuasa?

“PRU di adakan lima tahun sekali untuk memberi masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk berkerja dan membina Negara. Rakyat penat dengan terlalu banyak politik murahan tanpa tumpuan membela nasib mereka,” ujarnya

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production