Bubur lambuk Masjid Kampung Baru pilihan warga kota di akhir Ramadan

Bubur lambuk Masjid Kampung Baru pilihan warga kota di akhir Ramadan

Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah, sayuran jenis herba dan beberapa bahan lain mengikut cita rasa masyarakat tempatan.

Misalnya di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala keropok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain lagi.

Kalau bercerita mengenai Bubur Lambuk sudah pasti di Kuala Lumpur paling popular dan dinanti-nantikan ialah Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru.

Sejarahnya sudah lima dekat bubur lambuk ini dimasak dan diedarkan secara percuma kepada komuniti setempat dan di luar komuniti di Kampung Baru.

Resepinya juga pada awal diperkenalkan oleh seorang warga Pakistan yang dikenali sebagai Allahyarham Said Benk pada 1949.

Malaysia Dateline meninjau persiapan menyediakan bubur lambuk oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru (MJKB) yang saban tahun bermula 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan (5 Julai 2016) perlu menyediakan antara 2,000 hingg 4,000 bungkus sehari untuk di bawa pulang oleh kariah masjid dan warga kota di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk mendapatka bubur lambuk percuma dari Masjid Kampung Baru yang akan diedarkan selepas solat Asar setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Jurufoto Wan Zahari Wan Salleh melihat dari sisi lensa kameranya bagaimana proses  menyiapkan sebungkus bubur lambuk dari Masjid Kampung Baru yang menjadi tumpuan warga kota Kuala Lumpur dan Selangor ini.

 

Pakcik Zainal Abidin selaku ketua tukang masak sedang menyediakan bahan tumisan.

 Antara bahan utama yang perlu ada untuk membuat bubur lambuk santan, beras dan daging cincang.

 Encik Malik (kiri) menambah rempah ratus dalam tumisan manakala  pembantunya Fakrul Razi (kanan) akan memastikan bahan tumisan itu cukup garing sebelum memasukkan bahan utama.

Proses memasak bubur lambuk mengambil masa 2 jam dan memastikan bubur sentiasa di kacau bagi menyebatikan semua bahan dan rempah.

Bubur Lambuk yang siap dimasak hanya akan diedarkan selepas waktu Asar setiap hari pada bulan Ramadan.

 

Jadi bagi anda yang masih belum berkesempatan merasai Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru, apa kata lepas waktu Asar esok  (Selasa) hari terakhir umat Islam berpuasa,  ambillah kesempatan untuk merasa bubur lambuk warisan turun temurun ini.  

Semoga puasa kita  tahun ini dirahmati dan Selamat Menyambut Hari Raya.

COMMENTS

Wordpress (0)