Jeritan anak kecil berusia enam tahun telah mengejutkan sebuah keluarga yang sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa.
Rupa-rupanya, anak kecil yang sedang mandi itu tidak dapat menahan kesakitan akibat terkena asid yang keluar daripada paip.
Kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Kepong, Petaling Jaya itu bermula apabila jiran tingkat atas mencurahkan asid itu ke dalam paip.
Mulanya enggan berterus-terang, akhirnya jiran itu mengakui menggunakan asid itu untuk membaiki paip rumahnya yang tersumbat.
Insiden malang itu didedahkan oleh bapa saudara kanak-kanak berkenaan, Reza Samat menerusi satu hantaran di akaun Twitter miliknya.
“Orang tingkat atas simbah asid dalam paip (pembentung), anak dia yang kena. Tiba-tiba paip mengembang dan bocor. Bau belerang sangat kuat.
“Kebetulan anak dia berusia enam tahun tengah mandi and menjerit sebab asid dah masuk mata. Terus bawa pergi kecemasan,” ciapnya.
Menurut Reza, anak saudaranya itu tidak mengalami kecederaan yang serius, namun masih berada dalam pemantauan doktor.
“Doktor masih pantau. Katanya badan gatal-gatal dan dia dah trauma nak mandi di situ.” Ulas Reza.
Baca juga: Kejut anak guna ‘meriam’, ni dengan jiran pun boleh bangun sekali