Malaysia Dateline

“Budak sekolah pun reti malu siap tutup muka, tapi cikgu tetap rakam demi content”

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang murid membawa cermin sisi motosikal ke sekolah dan telah dirakam oleh seorang cikgu demi sebuah ‘content’.

Murid berkenaan cuba sedaya upaya menyembunyikan cermin dia dan menutup muka kerana beliau tahu gurunya sedang merakam.

Murid itu kelihatan malu sambil menarik tudung bagi mengelakan mukanya dirakam, namun gurunya tetap teruskan merakam juga murid berkenaan sambil menarik semula cermin yang mahu disorok murid itu.

"Budak sekolah pun reti malu siap tutup muka, tapi cikgu tetap rakam demi content"
Murid ini sorok cermin tetapi ditarik semula gurunya

Seorang warga Twitter @syazmnnn mengecam tindakan guru itu yang memalukan muridnya hanya kerana sebuah content

“Bruh, you bergosip kat bilik guru je boleh tak? Tak payah nak rakam-rakam.

“Budak tu pun reti malu lah. Kalau dia tak malu, dia tak cuba sembunyikan cermin tu, dia tak tarik tudung dia kedepan untuk sembunyikan muka dia.

“Dia tak tutup muka dia dengan tangan dia” ciapnya.

Katanya, biarlah murid itu membawa cermin jenis mana sekali pun asalkan ia bukan bahan terlarang dan dia boleh gunakan.

“Dah lah budak tu tengah jawab periksa. Tiba-tiba emosi terganggu sebab ada cikgu yang buat perangai macam ni,” ujarnya.

Baca juga: ‘Senaman terbaik adalah suka hati kau’, pendapat perunding kesihatan ini tarik perhatian netizen

Baca juga: Tanggang 2.0, anak sanggup minta harta mak sebelum buang ke rumah orang tua