Umurnya baru enam tahun, namun kesemua nama Ultraman, watak kartun superhero dari Jepun dikenali beliau.
Tunjuk kan yang mana satu patung Ultraman itu, dia akan menyebut namanya dengan pasti.
Padahal bagi orang biasa, sekali imbas patung itu tidak ada bezanya antara satu sama lain.
Hanya yang membezakannya adalah warnanya sahaja.
Bagi orang biasa, ia hanya Ultraman merah, biru, hitam atau puteh sahaja tetapi bagi Fakih Fakhrurazi, 6 tahun, setiap satu mempunyai nama tersendiri.
“Ini Ultraman Tiga, ini Ultraman Geeb, ini Ultraman Trigger…” kata Fakih apabila ditunjukkan koleksi 28 patung-patung Ultraman yang dimilikinya itu.
Menurut bapanya, bekas seorang Sarjan Polis yang bersara awal itu, Fakih mula minat dengan Ultraman itu sejak umurnya 4 tahun lagi.
“Koleksi ni saya beli sejak dua tahun lalu bila Fakih minat dengannya.
“Saya mulanya bagi tau nama tiap satu patung itu selepas dibeli dan dia menghafalnya setiap satu sampai sekarang, “kata Fakhrurazi, yang turut minat membantu Fakih mengumpul koleksi patung Ultraman itu.
Menurut ibu Fakih, Sakinah Salim, seorang guru di Selangor, anaknya agak istimewa kerana cepat menghafal sesuatu.
“Beliau juga cepat belajar dan mengaji Al Quran,” kata Sakinah yang pulang berjaya ke rumah ibunya di Terengganu.
Selain mempunyai koleksi patung Ultraman, Fakih juga mempunyai baju, beg dan juga buku-buku mewarna Ultraman.
“Hampir semua halaman bukunya telah diwarnakan oleh Fakih mengikut warna sebenar Ultraman berkenaan,” kata ibunya.
Sakinah berkata, kebolehan Fakih menghafal nama-nama Ultraman itu bukan menjadi kebanggaan beliau tetapi kebolehan anaknya belajar dan menghafal dengan cepat membuatkan beliau bersyukur sangat.
#Ultraman, #Hafazan #Budakcerdik