Kalau cakap mengenai budu mesti yang terlintas adalah makan dengan nasi panas terutamanya buat mereka yang berada di negeri pantai timur.
Tak perlu lauk lain, makan ulam cicah budu sahaja pun dah mencukupi, boleh tambah berpinggan nasi.
Biasanya budu ini dicampur dengan asam jawa, belacan dan cili padi tapi jaranglah ditumis, selalunya nak cepat sahaja.
Rupanya lagi sedap kalau budu tu ditumis, ikuti rseipi yang dikongsikan pengguna di halaman Facebook, ‘Resipi Kuih Muih’.
“Pertama kali jumpa resipi budu tumis, mari kita cuba.”
Resipi budu tumis
Bahan-bahan:
- 1 serai, 1/2 bawang besar, 3 ulas Bawang putih, 1/2 halia (dicincang/chopper)
- 1/2 sudu besar serbuk cili
- 3 sudu besar santan
- 4 sudu besar budu
- 1 biji limau kasturi
- 3 biji cili padi
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis bahan cincang tadi sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk cili dan tumis sehingga pecah minyak atau mewangi.
- Masukkan santan dan kacau sebati. Campurkan budu dan kacau sehingga kuah kering.
- Masukkan cili padi dan perahkan limau kasturi .
- Siap untuk dihidang.
Peminat budu boleh cuba resipi ini, sedap kalau makan ramai-ramai dengan nasi panas, mesti berebut, tambah pula petai ‘confirm’ habis.
Baca juga: Ryan Bakery terkedu isteri mengidam ‘biskut tawar’, “ingat yang selalu kita makan tu”