Buka tudung, Alya Iman pasti arwah ayah sedih tapi nekad tak mahu jadi hipokrit

Oleh KIM SYAZIE

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak menutup aurat dan tentunya kita harus patuh akan hal ini.

Namun buat pelakon, Alya Iman dia mengaku hanya memakai tudung kerana arwah bapanya, Azmil Mustapha lapor Kosmo.

Malah ketika keluar bersama keluarga, Alya tidak mengenakan tudung cuma dia tidak pernah mendedahkan gambarnya di media sosial.

Menurut pelakon yang berusia 22 tahun itu, dia berbuat demikian demi menhormati nama arwah bapanya dan akur mengenakan tudung dari kecil.

“Tapi kali ni, saya tak boleh terus jadi hipokrit dan hanya nak fikir pasal diri sendiri.

“Masa babah ada, dia selalu tegur saya untuk pakai tudung. Saya tahu dia akan sedih.

“Tapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan,” ujarnya.

Menerusi hantaran di Instagram, anak kepada pelakon, Azmil Mustapha itu berkongsi penampilan terbaharunya pada 1 Syawal lalu.

Baca juga: Hattan buat netizen meluat gara-gara sekolahkan pembaca berita ketika ‘live’