Bukan biasa-biasa keluarga Imran Aqil dan Dahlia, siap jemput Rosmah Mansor datang kenduri kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon Imran Aqil dan isterinya, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal kembali mencuri perhatian warganet apabila dilaporkan mengadakan majlis perkahwinan yang kelima, selepas tiga bulan pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Imran berkata, ini adalah majlis resepsi terakhir sebelah ibunya yang diadakan di Royale Chulan, Damansara.

Untuk itu katanya, dia dan Dahlia memilih tema klasik sebagai penutup majlis meraikan hari bahagia mereka.

“Alhamdulillah selesai majlis resepsi terakhir kami di sebelah mama di KL petang tadi. Bertemakan klasik gitu hehe.

“Itulah penutup daripada kami! Kami harap anda semua suka menonton semua majlis kami sama seperti kami suka berkongsi dengan anda semua,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi hantaran IG jurugambar pasangan itu, mata netizen tertumpu pada kehadiran seorang isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara iaitu Datin Seri Rosmah Mansor

Kemunculan julung kali itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang menganggap ia sekadar suntingan.

Namun, ia bukanlah gambar yang disunting kerana Rosmah dilihat tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Di ruangan komen Instagram @faridismproduction, rata-rata netizen menyifatkan keluarga Imran dan Dahlia bukan ‘biasa-biasa.’

“Bukan kaleng-kaleng juga keluarga dia. Boleh jemput Rosmah,” kata netizen.

Terdahulu, bekas penyampai radio, Imran akhirnya selamat diijabkabulkan dengan model muslimah, Dahlia pada 10 September lalu.

Baca juga: Masih menunggu dilamar biarpun usia cecah 39 tahun, Sherry Alhadad berdoa untuk jodoh setiap kali sebelum tidur