Bukan calang-calang, ini rupanya latar belakang bakal isteri Tengku Muhammad

Oleh KIM SYAZIE

Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini.

Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu terus menjadi bualan ramai sejak ia diumumkan.

Namun masih ramai yang tidak mengetahui latar belakang Tengku Natasya, bakal isteri Tengku Muhammad. Siapakah gerangan gadis berwajah klasik yang berjaya menawan hati anakanda Sultan Pahang ini?

Tengku Natasya Adnan merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Wanita berkacukan Melayu dan Indonesia, dilahirkan pada tahun 1995 dan kini memasuki usia 29 tahun.

Sementara Tengku Muhammad pula diputerakan pada 3 Ogos 1997 dan memasuki usia 27 tahun.

Tengku Natasya dikurniakan lima adik-beradik termasuk dirinya iaitu: Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Najwa dan Tengku Nabila.

Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.

Ibunya, Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfileman Indonesia pada tahun 1980-an.

Baca juga: Patutlah buat ayam gunting tak menjadi! Salah guna tepung rupanya, ikut cara ni baru menjadi