Sejak kebelakangan ini isu rumahtangga seorang lelaki iaitu Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim menjadi sorotan di media-media sosial.
Tidak ketinggalan, isteri kepada Aslam, Misya Mazlan juga mula meraih tumpuan ramai berikutan isu yang tercetus.
Disebabkan namanya mula disebut-sebut, sebuah produk makanan kesihatan mendekati isteri pertama Aslam itu untuk menjayakan projek kerjasama bersama, selain bertanya serba sedikit latar belakang Misya yang tidak diketahui ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Hejja HQ, Misya memberitahu bahawa dia merupakan bekas pelajar tahfiz.
Apa yang mengejutkan, dia memberitahu pernah berpindah ke Mesir selama satu tahun untuk mengaji Al-Quran pada usianya 14 tahun iaitu ketika di tingkatan 2.
Dia kemudian pulang ke Malaysia untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah untuk menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
“Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran. Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun.
Selepas menamatkan fast track SPM (program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz), Misya atau nama sebenarnya Umisya Mazlan menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).
Sewaktu bergelar seorang pelajar, Misya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suami, Aslam.
“Masa Diploma iaitu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Misya kahwin. Masa tu tak habis Diploma lagi.
“Kahwin sambil belajar, Selepas tu, dapat anak pertama dan masa tu tengah internship (latihan industri).
“Saya berpantang masa tengah latihan industri. Nasib baik masa tu latihan industri secara atas talian, sambil jaga anak sambil mengajar jadi cikgu,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Misya berkata dia menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda namun masih belum berkesempatan berbuat demikian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut mengetahui latarbelakang Misya sebagai pelajar tahfiz dan menyifatkan dia seorang wanita yang sangat bijak.
Baca juga: Takut tersalah makan, ustazah ajar cara nak tahu kedai mana guna pelaris