Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup

Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup

Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.

Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.

Pemimpin Pas itu berkata, isu perkauman tidak harus dijadikan alasan untuk menafikan tuntutan rakyat yang mendesak pengunduran Najib.

“Ini bukan (gerakan) DAP. Ini bukan Mahathir. Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, isu Cina. Ini bukan pilihan tapi adalah kewajipan,” tegasnya ketika berbahas dalam Kongres Rakyat 2016 hari ini.

Mengulas kepincangan pentadbiran Najib, beliau berkata, institusi kerajaan berkaitan gagal memainkan peranan sewajarnya ketika negara berada di kemuncak masalah.

“Tiada mekanisme pembetulan. Kuasa hanya berpusat pada seorang saja bahkan mengatasi kuasa raja-raja,” ujar Husam.

Mengingatkan pelbagai isu berlaku akibat pentadbiran Najib, beliau menggesa rakyat segera bangkit melakukan perubahan.

“Bagi pemimpin ini, sila pandang dan refleksikan diri. Apa yang telah berlaku terimalah hakikat kemusnahan demi kemusnahan yang berlaku kerana tangan kekuasaan anda (Najib).

“Adakah tuan-tuan bersetuju Najib must go?” soalnya dengan mengakhiri perbahasan beliau dengan laungan “Najib must go” sebanyak tiga kali bersama-sama peserta yang memenuhi dewan SACC petang ini.

TAGS