Bukan dipolitikkan tapi tuntutan agama

Bukan dipolitikkan tapi tuntutan agama

 

Alhamdulilah selesai sudah program pelancaran ‘Back to school’ anjuran Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama NGO Amal relief (ARM) Cawangan Sarawak dan NGO Jalinan Harapan Baru telah berlangsung dengan jayanya.tinggal lagi di Parlimen Tanjung Manis sahaja.

Program pertama di Dun Gedong di Sekolah kebangsaan Abang Kadir melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Gumpey,Gedong manakala Dun Demak Laut melibatkan pelajar empat sekolah rendah. Keseluruhannya penerima sumbangan adalah berjumlah 800 orang anak Asnaf.

Apa yang saya nak ulas di sini bukan mengenai perjalanan program atau nak ulas maafaat program ini sebab perjalanan program sangat ‘succeed’ dan maafaatnya banyak untuk sekelian penerima tak perlu saya huraikan.Mudah saya simpulkan begini program kebajikan ini sebagai sorang Islam kita baca surah Al-Bbaqarah ayat 148 “fastabiqul khairat’. Itu lah rujukannya.

Kalau tak faham juga boleh rujuk pada Alfadhil sahibus samahah YB Adun Jamoreng… Nanti dia boleh bagi tazkirah bab ini untuk kamu.

Program ini telah menjadi kontrovasi setelah satu poster yang telah dibuat dan ditular memaparkan dalam poster tersebut wajah kacak 3 Pemimpin Parti Amanah Sarawak dengan tertera logo Parti.Maka bermula disitu lah perasan tak puashati orang di sana.

Memang saya akui kita guna logo Parti dan memaparkan juga wajah Pengerusi Amanah Negeri, saya sebagai timbalan dan perasmi program iaitu naib pengerusi 1 didalam poster tersebut. ia adalah program kebajikan kami dan kami harus dan wajib memaklumkan kepada Umum.

Tapi hakikatnya program itu totally anjuran dan diuruskan sepenuhnya oleh pertugas NGO tiada kaitan lansung dengan politik maupun gerakkerja politik.

Kami memang sudah menduga apa akan berlaku dan itulah sebenarnya yang kami mahu. Seperti mana komen mereka kami tidak punya sumbangan kepada masyarakat sedikitpun. Benar barangkali atau sebaliknya segala tindakan ahli politik akan dinilai oleh rakyat dan niat yang ikhlas manusia akan dinilai oleh Allah Rabuljalil. Itu sahaja kami tak bimbang sedikitpun.

Poster yang kami tularkan hanya digunakan di Alam maya sahaja. didalam sekolah kami masuk melalui NGO dan kami tinggalkan fahaman politik serta Baju politik kami di luar pagar sekolah.ucapan kami langsung tiada menyentuh berkaitan dengan Parti politik kami adapun mungkin mengenai dasar kerajaan memerintah.

Seronok juga sebenarnya bila baca komen mengatakan kami tidak pernah berbakti pada masyarakat.satu sahaja jawapan saya secara peribadi.Cuba bagi kami peluang memerintah baru lah tahu natijahnya. Parti Anda sendiri telah memerintah hampir 60 tahun. Sepatutnya 60 tahun itu rakyat hidup senang lenang. Bukti nya masuk lah pelusuk kampung dan tengok lah mata kepala sendiri.

Menyentuh mengenai komen PH boleh buat program ke sekolah dan kami dilarang itu sebenarnya bukan isu.kalau nak berprogram di sekolah perlu memohon untuk mendapatkan kebenaran. Semua Pihak perlu melakukan perkara serupa. Tidak ada isu double standard.

Setakat Program kebajikan bantu pelajar sekolah atau sekolah itu tiada masalah.teringat zaman dulu Umno BN serta sekutunya gps PBB perintah, mereka melarang keras pembangkang masuk sekolah walauapapun alasan.

Bila terkena batang hidung sendiri baru lah sendiri merasainya.

11.Moralnya, Allah maha adil…janganlah kita bersifat sombong dan bongkak bila dipuncak kuasa kerana kehidupan dunia adalah sementara dan akhirat lah kekal selama2 lama ya. Paling ditakuti bila Allah bayar cash lagi bila kita masih hidup serta berkuasa lagi.

Akhirnya Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita dijauhkan dari fitnah dan semoga hati kita senantiasa mencintai orang miskin

وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِى إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ

Allahumma inni as-aluka fi’lal khoirat wa tarkal munkarat wa hubbal masakin. Wa idza arad-ta bi ‘ibaadika fitnatan, faq-bidh-nii ilaika ghaira maf-tuun..

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu taufiq untuk bisa mengamalkan semua kebaikan, meninggalkan semua kemungkaran, dan bisa mencintai orang miskin. Jika Engkau menghendaki untuk menimpakan ujian (fitnah) bagi hamba-hamba-Mu, maka wafatkanlah aku, tanpa terkena fitnah itu.

*Penulis adalahTimbalan Pengerusi AMANAH Sarawak