Bukan main lagi pilih restoran mewah, ‘instafamous’ selamba bayar guna duit syiling

Oleh MAISARAH AISYA

Mungkin ramai tak tau mereka yang mempunyai pengikut banyak di Instagram dikenali sebagai Instafamous ini sudah banyak menunjukkan taring mereka.

Sebelum ini sudah ada banyak kes dimana mereka memilih untuk tidak membayar makanan dengan alasan akan buat ulasan makanan di Instagram.

Kali ini muncul pula kes seorang pembuat kandungan (content creator) yang sengaja membayar bil di restoran mewah dengan duit syiling.

Tidak salah namun jika bil terlalu mahal maka ia akan menyebabkan juruwang perlu mengambil masa untuk mengira semula wang tersebut.

Sudahlah bayaran gaji tak setimpal dengan kerja dapat pula pelanggan dengan banyak ragam ini.

Apatah lagi restoran mahal ini mempunyai etika dan peraturan tersendiri untuk menjaga imej mereka.

Menurut India TV, pempengaruh dari Mumbai ini memilih untuk membayar makanan di restoran mewah di Hotel Taj hanya menggunakan duit syiling.

Siddhesh Lokare yang memesan piza dan mocktail membayar hidangannya dengan menggunakan duit syiling malah sempat memuat naik video tersebut di Instagram.

Lokare terlihat memakai sut lengkap, membayar bil hidangannya dengan syiling yang diisi dalam satu beg kantung dan menyerahkannya kepada seorang pelayan.

Pelayan berkenaan kemudian dilihat membawa kantung syiling untuk dikira dan insiden tersebut mengejutkan pelanggan di restoran tersebut.

Menurut Lokare, dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa tidak salah untuk menjadi diri sendiri dan jangan terpengaruh dengan orang lain sehingga berpura-pura.

Sebahagian warga maya menyambut baik mesej Lokare namun segelintir daripadanya mengecam kerana menyifatkan tindakan lelaki itu hanya menyusahkan pelayan.

Malah ada yang memaklumkan bahawa tindakan Lokare sebenarnya membantu restoran tersebut kerana kekurangan duit syiling.

Baca juga: Lelaki sanggup keluar belanja RM1.7 juta, beli lebih 12,000 koleksi patung Barbie