Bukan menteri kanan sepatutnya PM letak jawatan, kata Salahuddin

Sekiranya Malaysia telah memiliki indeks integriti yang membanggakan bukan seorang menteri kanan tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sepatutnya meletakan jawatan.

Bukan menteri kanan sepatutnya PM letak jawatan, kata Salahuddin

Sekiranya Malaysia telah memiliki indeks integriti yang membanggakan bukan seorang menteri kanan tetapi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib sepatutnya meletakan jawatan.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, imej dan maruah negara terjejas kerana isu “Malaysian Official No 1” (MO1) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Imej dan maruah negara terjejas kerana isu MO1 dan 1MDB bukan satu tohmahan yng tidak berasas tetapi isu ini telah menjadi bhan lawa dikalangan masyarakat antarabangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai viral twitter oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali pada Jumaat lalu, yang menyatakan seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan kerana enggan bersubahat mengenai isu berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun tweet Azmin ini telah menimbulkan pelbagai andaian antara menteri yang akan meletakkan jawatan di kalangan blogger dan pengamal media sosial.

Antara nama disebut-sebut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Justeru kata Salahuddin lagi sekiranya isu sama berlaku di luar negara sudah pasti perdana menteri dan menteri mereka sudah meletakkan jawatan kerana integriti yang diamalkan.

“Sekiranya isu pengkhianatan terhadap amanah dan urustadbir MO1 dan 1MDB berlaku di negara yang mengamalkan integriti tahap cemerlang seperti Iceland, New Zealand,Jepun, Sweden dan Singapura, sudah pasti Presiden, Perdana Menteri dan Menteri mereka telah meletakan jawatan demi memelihara integriti dan maruah bangsa dan negara mereka,” ujarnya.