Kalau diri sendiri tidak dapat patuh kepada undang-undang, apalagi rakyat biasa. Selalu kita mencemuh ramai yang kahwin lari di Thailand.
Tetapi pemimpin Islam sendiri bukan saja kahwin lari, malah melakukan secara online di Thailand, bukan di Malaysia.
Yang jadi persoalan itu bukan kerana online tetapi cara dan tempat mereka menikah dan kezaliman kepada isteri mereka. Itu fokus utama.
Kebanyakan asatizah hanya bicara ayat kebolehan berpoligami. Walhal, dalam membahaskan soal adil, dan tidak berlaku penganiayaan ini, mengapa dari kalangan agamawan menyembunyikan ayat 126 Surah An-Nisa?
وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّساءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ..
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” (An-Nisa 129)
Dalam satu riwayat Saidatina Aisyah mengatakan apa yang dimaksudkan dengan ayat 3 Surah An Nisa
ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا..
“Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat (zalim) aniaya… (An-Nisa: 3)
قال : “لا تجوروا”….
“Janganlah kalian berbuat aniaya!”
Maka, itulah hujah utama patut dibincangkan bukan soal online boleh atau tidak. Kata Nabi SAW antara kerosakan kaum terdahulu, apabila yang kaya, yang berpangkat terlepas dari hukuman manakala mereka yang lemah dihukum, seraya bangun Nabi dari tempat duduknya dan berkata:
” أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ..”
“Wahai sekalian manusia, bahawasanya yg membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang besar dari mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang yang rendah dari mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had.”