Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bukan pengkhianat, krisis politik negara berlaku selepas Mahathir letak jawatan, kata PM

Bukan pengkhianat, krisis politik negara berlaku selepas Mahathir letak jawatan, kata PM

MALAYSIADATELINEMarch 2, 2020 11:27 pm




Tan Sri Muhyiddin menjelaskan kemelut politik negara yang berlaku sehingga membawa kepada pelantikannya sebagai Perdana Menteri bermula apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan menyebabkan jawatan itu kosong dan perlu diisi.

“Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.

“Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” kata Muhyiddin dalam   dalam ucapannya khas yang disiarkan  oleh stesen-stesen televisyen tempatan malam ini..

Beliau berkata di peringkat awal, beliau dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu telah memberikan sokongan padu kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi malangnya beliau (Dr Mahathir) gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.

“Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 28 Februari 2020,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya Seri Paduka telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata ketika itulah namanya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu dan ketua parti yang lain, yang menurut mereka beliau (Muhyiddin) mempunyai sokongan majoriti.

“Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

“Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?” katanya.

Muhyiddin berkata jika beliau terus menyokong Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan dan berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan serta pilihan raya umum perlu diadakan.

Sebagai pemimpin, katanya, beliau mesti mencari jalan penyelesaian dan tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

“Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya. Dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production