Bukan sebab orang pergi kerja, tapi ibu bapa hantar anak ke sekolah punca jalan jem?

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @faruqmcgrath bertanyakan adakah benar kesesakan jalan raya selama ini bukan disebabkan mereka yang pergi bekerja, tetapi sebaliknya disebabkan sekolah.

Menerusi ciapannya di Twitter, dia berkata mungkin disebabkan ketika ini lebih ramai ibu bapa yang memilih menghantar anak-anak ke sekolah berbanding menaiki bas, ia menyebabkan kereta semakin bertambah atas jalan raya.

“Jadi sebenarnya kesesakan jalan raya selama ini bukan sebab orang pergi kerja tapi sebab sekolah?

“Mungkin sebab ‘pattern’ sekarang ibu bapa hantar anak ke sekolah berbanding naik bas maka kereta banyak atas jalan?,” Soalnya.

Ciapan itu mendapat lebih 2,000 komen dari warganet dengan lebih 1,300 ulang kicau.

Dalam ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dengan hal berkenaan yang menurut mereka ibu bapa sekarang semakin bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka.

Mereka juga mendakwa ada keadaan di mana jalan akan bertambah sesak sehingga ke lebuh raya apabila ada kenderaan yang suka suka hati parkir ‘tripple park’ dan menghalang laluan kereta lain.

“Saya sangat setuju. Ini adalah gambar sebuah sekolah (dalam bulatan hitam). Kalau hari sekolah, jalan akan jem sepanjang garis merah ini sehingga ke lebuh raya. Sebab? Ibu bapa yang tak ada minda sivik buat ‘triple park’ di atas jalan raya yang ada 3 lorong,” komen pengguna @kishen07_

Bila cuti sekolah, lega rasa pergi kerja

Sementara itu, ada pengguna yang meluahkan rasa lega terutama apabila sesi cuti sekolah kerana keadaan jalan raya tidak terlalu sesak.

“Ya betul tuan. Saya tinggal di Ampang, keadaan trafik sangat berbeza kalau dibandingkan antara sesi persekolahan atau sesi cuti sekolah. Rasa macam nak suruh sekolah cuti selama-lamanya,” kata @benfathi_

Pengguna yang menggunakan akaun @arfhartoe turut setuju dan memberi komen: “Ibu bapa sekarang kebanyakan hantar anak sampai depan pagar sekolah.

“Dulu anak-anak biasa jalan kaki je atau naik bas. Sekarang atas faktor keselamatan dan keselesaan, hantarlah sampai depan pintu. Bila cuti sekolah, lega rasa pergi kerja dan balik kerja,” tulisnya.

“Ibu bapa sekarang ‘paranoid’. Banyak orang jahat mungkin menyakiti anak mereka. Jadi ibu bapa tak lepaskan anak mereka naik pengangkutan awam. Untuk sekolah rendah mungkin kita boleh maafkan. Dah sekolah menengah apa kata hang rempit je naik moto,” balas pengguna Twitter @mamasyimamia.

Baca juga: Rumah diubah suai seakan-akan kuil

Baca juga: MRT laluan Putrajaya Fasa 2 bakal beroperasi tahun depan