Malaysia Dateline

Bukan setakat turap jalan je, inilah masa yang paling sesuai untuk ‘bodek’ calon-calon YB

Belegar-legar gambar kerja-kerja turap jalan di kampung-kampung khususnya di Facebook ketika ini sebaik sahaja gendang PRU15 berbunyi dan sudah tentu inilah masa paling sesuai untuk ‘bodek’ Yang Berhormat (YB).

Hari ini, rakyat Malaysia sudah mengetahui bila hari mengundi iaitu pada 19 November ini dan di waktu yang ada sebelum membuang undi mintalah apa sahaja daripada ahli-ahli yang berhormat yang akan bertanding.

Umum mengetahui jalan raya memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian kita, kekuatan ekonomi sesebuah negara dapat dilihat melalui jalan mereka.

Jalan raya yang baik bukan sahaja memudahkan pengangkutan tetapi juga memberi manfaat kepada ekonomi dengan ketara kerana jalan raya digunakan untuk menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar.

Jalan-jalan kampung yang berlubang yang berlopak bolehlah ditampal dan diturap semula dan inilah waktu yang paling sesuai, Yb-Yb yang akan bertanding sudah tentu akan memenuhi segala permintaan dan rayuan pengundi mereka.

Dan di waktu berkempen inilah dianggap waktu ’emas’ bagi calon-calon yang akan bertanding untuk menambat hati pengundi, jadi pengundi-pengundi ambillah peluang keemasan ini.

“Terima kasih Yb.

“Jalan kecik celah rumah pun tar,” kata netizen.

Baca juga: Kakak baling pisau hingga adik maut direman 6 hari kelihatan sugul tiada ahli keluarga datang ke mahkamah