Bukan soal akademik tapi soal amanah, integriti dan bijak

Bukan soal akademik tapi soal amanah, integriti dan bijak

Pemimpin bukan dinilai dari segi pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya seorang pemimpin perlu  berintegriti, amanah dan bijak untuk mendapat sokongan rakyat, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar KedahPemimpin bukan dinilai dari segi pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya seorang pemimpin perlu  berintegriti, amanah dan bijak untuk mendapat sokongan rakyat, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mendakwa rakyat Kedah “sumpah seranah dan menyampah” dengan krisis kepimpinan di negeri itu di kalangan pemimpin Umno yang tidak berintegriti, amanah dan bijak.

Malah Mahfuz merujuk kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Jamil Khir Bahrom dan Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md. Hanipah antara pemimpin yang mempunyai kelulusan tinggi dan rendah yang diberikan jawatan dalam parti dan kerajaan.

“ Apa dipersoalkan terhadap Najib selama ini sebagai Perdana Menteri yang memiliki lulusan akademik lebih tinggi daripada Bashah MB Kedah yang baru , ialah persoalan amanah, integriti dan bijaksana.

“ Isu YaPeim bukan soal akademik Jamil Khir kelulusan lebih tinggi  daripada Bashah. Jamil Khir  memiliki kelulusan tinggi dalam bidang agama Islam, tetapi isunya ialah amanah, integriti dan bijaksana. Apa guna memiliki lulusan agama dipanggil Ustaz dan menaiki mimbar berkhutbah Jumaat tetapi tidak beramanah? Sebaliknya hanya mengotori agama Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz  menyatakan pandangan itu merujuk kepada  jentera siber pro Mukhriz yang mula menyerang latar belakang Ahmad Bashah yang dikatakan hanya berpendidikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sedangkan dakwaan itu disangkal oleh Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam yang mengatakan Ahmad Bashah berkelulusan SPM.

Membandingkan Ahmad Bashah dan Mukhriz, Mahfuz berpendapat Mukhriz seorang pemimpin yang mempunyai prinsip.

“ Mukhriz yang punya prinsip berkata benar walaupun kepada Ketua yang jahat akhirnya diguling oleh gerombolan perampas MB Kedah tajaan Putrajaya yang diketuai oleh Bashah yang kini dilantik pula menjadi MB baru Kedah.

“Inilah yang membuat rakyat Kedah menyumpah dan menyampah ketika MB baru Kedah angkat sumpah. Rakyat melihat MB baru angkat sumpah dengan cara yang tidak beramanah dan berintegriti,” ujarnya.

Menurut Mahfuz lagi, krisis kepimpinan di negeri itu walaupun berakhir dengan peletakkan jawatan Mukhriz dan pelantikan MB baru persoalannya, apakah rakyat Kedah gembira mereka mendapat MB baru?

“ Selalunya rakyat pelbagai peringkat rata-rata akan melahirkan rasa gembira dengan memperolehi MB baru.

“Zaman ini mudah untuk menilai perasaan rakyat kerana semuanya diluahkan di media sosial. Inilah juga yang diluahkan perasaan mereka di kala MB baru mengangkat sumpah sebagai MB, rakyat Kedah pula ‘mengangkat’ sumpah seranah dan menyampah terhadap kerajaan negeri,” ujarnya.

 

TAGS