Ramai menganggap rekabentuk dianggap ‘pelik’ ini adalah tangga di rumah orang kaya tetapi sebenarnya itu adalah tangga untuk ke loteng.
Pengguna Facebook, Fareeda Zurinais berkata, bentuk anak tangga sedemikian lazimnya untuk ke bilik yang jarang diguna disebabkan ruang tidak mencukupi.
“Design macam tu sebab nak jimatkan ruang tangga dan kos sebab ruang tangga yang biasa memerlukan ruang sebesar bilik.
“Di Malaysia, tangga begini tak ikut undang-undang bangunan tapi boleh dibina bagi kegunaan bilik yang tidak diduduki kerana tidak mematuhi keperluan pencegahan peraturan bomba,” jelasnya.
Penjelasan Fareeda itu turut diakui netizen lain yang pernah melihat anak tangga seperti itu.
“Saya pernah tengok rumah yang ada tangga macam tu. Tangga tu ada suis untuk lipat dan sorok ke atas.
“Bila nak guna, tekan suis tangga tu turun ke bawah. Memang guna untuk loteng,” kata seorang warganet.
Mengulas lanjut, Fareeda berkata, tangga dengan reka bentuk itu lazim terdapat di negara-negara maju.
Susulan perkongsian gambar itu di media sosial, ramai secara berseloroh termasuk mengaitkannya dengan ungkapan “tangga kejayaan”>
“Inilah dinamakan Tangga Kejayaan.
“Kalau jatuh ni, calar-calar badan takde sangat. Terus patah riuk aje, .jatuh terus pacak tuu!
“Bukan tangga orang kaya. Ni tangga orang sihat. Masa sihat ok la, dah sakit lutut, takde daya nak naik atas,” demikian antara komentar orang ramai.