Bukit botak, Pulau Pinang ambil langkah segera

Bukit botak, Pulau Pinang ambil langkah segera

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil langkah segera atasi pembangunan tanah bukit dan cerun yang dilaporkan media hari ini.

“Kita sudah menyedari perkara ini dan satu jawankuasa telah ditubuhkan pada 11 April  dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan mesyuarat kali pertama (kick start) akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 25 April, kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat ketua menteri hari ini.

Kenyataan media oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan bin Darus itu menyebut usaha untuk menangani kerja- kerja tanah melibatkan kawasan bukit dan cerun, Jawatankuasa Kerja Tanah Bukit Negeri telah ditubuhkan di Negeri Pulau Pinang pada 11 April dan akan dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

“Jawatankuasa ini dijadualkan bermesyuarat buat kali pertama (kick start) dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 25 April 2016 (Isnin) dan perkara mengenai kerja tanah yg dilaporkan hari ini di akhbar termasuk bagi kawasan Bukit Bendera dan Relau akan dibincangkan,” katanya.

Menurutnya, keanggotaan jawatankuasa itu antara lain melibatkan Pegarah Tanah dan Galian (Pengerusi), 5 Pegawai Daerah, kedua- dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Pengarah Perancang dan Bangunan, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan lain-lain mengikut keperluan.

“Jawatankuasa ini akan melaporkan terus segala pertimbangan ke Jawatankuasa Tanah Negeri,” katanya.

TAGS