Buku Prof Redzuan gagal menang anugerah kerana cenderung pembangkang?

Buku Prof Redzuan gagal menang anugerah kerana cenderung pembangkang?

 

Walaupun buku tulisannya telah berjaya memenangi dua anugerah besar namun cita-cita Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman untuk memenangi Anugerah Akademik Negara ke-10 melalui buku itu besar kemungkinan tidak akan kesampaian.

Redzuan Othman

Walaupun buku tulisannya telah berjaya memenangi dua anugerah besar namun cita-cita Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman untuk memenangi Anugerah Akademik Negara ke-10 melalui buku itu besar kemungkinan tidak akan kesampaian.

Puncanya hanya satu, beliau adalah Naib Canselor Unisel, sebuah universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah kerajaan negeri yang bukan diperintah oleh BN tetapi Pakatan Harapan iaitu Selangor.

“Nampaknya buku beliau tidak akan menang, dia pembangkang,” kata satu sumber memberitahu Malaysia Dateline (MD), bahawa buku tulisan Dr Redzuan iaitu “Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki: Pemerkasaan Islam dan Kepimpinan Erdogan” tidak akan menang.

Buku tulisan bekas profesor Universiti Malaya bersama Mashitah Sulaiman itu telah memenangi dua anugerah sebelum ini.

Anugerah yang pertama adalah Anugerah Penerbitan Buku Terbaik di Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2015.

Buku ini juga turut memenangi Anugerah Utama Buku Ilmiah Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial) di Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 yang hadiahnya disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada 22 April 2016 bertempat di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Buku “Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki: Pemerkasaan Islam dan Kepimpinan Erdogan” kini dicalonkan untuk menerima Anugerah Akdemik Negara kategori Anugerah Penerbitan Buku.

Anugerah ini sepatutnya diputuskan sejak November tahun lepas lagi namun sehingga kini ia belum diputuskan.

Puncanya pertelingkahan antara kepentingan politik dan kepentingan akdemik dan industri buku negara.

Menurut sumber, sebuah buku telah dipilih untuk menerima anugerah ini namun ia belum diumumkan lagi.

Ketika dihubungi MD, Profesor Redzuan tidak tahu menahu mengenai perkara itu namun menolak dakwaan buku beliau ditolak kerana faktor politik itu.

“Takkan faktor politik diambil kira. Lagipun setahu saya keputusan belum dibuat lagi,” kata beliau kepada MD.

TAGS