Anti gadis pencinta bunga, lelaki lebih rela beli nasi berlauk

Oleh WAN SITI AMINAH

Jambangan bunga merupakan hadiah yang paling popular buat diberi kepada insan tersayang di saat istimewa seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya.

Namun, seorang lelaki bernama Naufal Antezem lebih memilih untuk membeli sepinggan nasi berlauk berbanding hadiah.

Menurut kongsian tular itu, Naufal berpendapat hadiah jambangan bunga ‘Baby’s Breath’ yang menjadi trend akhir-akhir ini terlampau mahal untuk dibeli.

Naufal menganggap dalam keadaan ekonomi sekarang, pemilihan bunga sebagai hadiah merupakan satu pembaziran.

Tambahnya, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam menentukan pasangan dan akan menolak untuk mengenali gadis pencinta bunga Baby’s Breath.

Baby’s Breath mahal betul. Aku biasa tanya suka bunga apa sebab nak save budget setiap kali keluar dating. Kalau cakap Baby’s Breath, tak jadilah nak kenal.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, aku lebih memilih sepinggan nasi berlauk berbanding jambangan bunga Baby Breath!,” katanya.

Rata-rata pengguna khususnya lelaki turut bersetuju dengan pandangan Naufal dimana mereka juga tidak menyangka harga Baby Breath boleh menjangkau ratusan ringgit.

Namun begitu ada juga pengguna media sosial bernama Jaemira berpandangan lelaki seharusnya bertanya dahulu kepada wanita sebelum membeli kerana ada di antara mereka lebih gemar makanan berbanding bunga.

“Lah kan kau yang tanya suka bunga apa. Cuba kalau kau tanya nak apa, perempuan pun pasti akan memilih makanan berbanding bunga.” Kata Jaemira.

Tinjauan mendapati bunga Baby Breath dijual di atas talian dengan harga lingkungan RM80 ke RM100 ke atas.

Bunga
Harga jambangan bunga Baby Breath diatas talian.

Baca juga: ‘Hijrah’ Ke Arab Saudi, Cristiano Ronaldo Dapat Hadiah Bernilai RM3.3 Juta