Bursa Malaysia akan berurus niaga setengah hari pada Selasa, 4 Jun, dan akan ditutup dua hari berikutnya bersempena cuti perayaan Aidilfitri.
Dagangan di Bursa Malaysia Securities hanya akan dibuka bagi sesi pagi pada 4 Jun, kata pengendali bursa itu.
“Bagaimanapun, perkhidmatan penyelesaian dan penjelasan yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing akan berjalan seperti biasa pada 4 Jun, dan pejabat Bursa Malaysia Securities akan dibuka sehinga tamat waktu operasinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 5 Jun dan 6 Jun.
Operasi akan berjalan seperti biasa pada Jumaat, 7 Jun, katanya.
— BERNAMA