Malaysia Dateline

Bursa Malaysia keluar pertanyaan UMA kepada Lafarge

Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Lafarge Malaysia Bhd hari ini berikutan peningkatan mendadak harga saham syarikat itu.

Pada 3.13 petang, saham syarikat itu meningkat 44 sen kepada RM2.44, dengan 2.34 juta saham diniagakan.

“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil maklum terhadap jawapan syarikat berhubung UMA yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, apabila membuat keputusan pelaburan,” menurut Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA