Malaysia Dateline

Bursa Malaysia melonjak naik selepas pengunduran Kabinet Mahiaddin

Perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai perdana menteri telah mendapat respon yang sangat baik dari dunia perniagaan bahkan terbaik di dunia.

Bursa Saham Kuala Lumpur hari ini mencatatkan peningkatan ketara hampir di semua kaunter ketika pasaran dunia meluncur turun.

Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan 15 mata hari ini selepas perletakan jawatan Mahiaddin semalam berbanding dengan Bursa Jakarta, Thailand, Hong Kong, Singapura dan juga Filipian yang turun.

Ia diakui sendiri oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook beliau.

“Prestasi Bursa Malaysia hari ini adalah antara paling mantap dalam dunia. Melonjak 15.00 point pagi ini. Banyak kaunter yang hijau.

“Seolah-olah pelabur mula kembali yakin pada Malaysia,” kata Najib dalam status di Facebook beliau.