Butik paksa pengantin bayar RM1.2K, bau ketiak melekat di gaun tak hilang

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bau badan sememangnya menjadi igauan ngeri buat individu apatah lagi jika sudah melakukan pelbagai cara untuk menyingkir bauan yang tidak diingini.

Siapa menyangka disebabkan bau badan sahaja, seorang bakal pengantin di China terpaksa membayar gaun perkahwinan bukan pilihannya.

Wanita dari Shandong itu memuat naik hantaran tidak berpuas hati di media sosial China mengenai keadaan yang menimpanya lapor World of Buzz.

“Saya tidak menyangka kedai pengantin akan memeras pelanggan kerana bau ketiak,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Dikenali dengan nama Momo, wanita itu mendakwa dia dan teman lelaki hadir ke butik tersbeut dan mencuba dua gaun perkahwinan yang berbeza.

Selepas mecuba baju pertama dia mengakui itu bukan pilihan tepat dan memilih untuk mencuba gaun kedua.

Namun riak wajak pekerja buti selepas menerima gaun pertama amat jelas tidak gembira dengan tindakan tersebut.

“Saya masih tidak suka gaun pengantin kedua, dan tempat itu (tingkat 2) tidak mempunyai penghawa dingin, jadi saya memutuskan untuk pergi.”

Di saat Momo dan teman lelakinya bersiap untuk pergi selepas memulangkan gaun pengantin kedua, mereka dihentikan oleh pekerja.

Pekerja tersebut mahukan pampasan daripada pasangan itu kerana gaun pengantin pertama mempunyai sedikit bau ketiak.

“Mereka meminta saya membeli gaun pengantin itu. Saya bingung. Adakah saya perlu membayar hanya untuk mencuba pakaian itu?” jelasnya.

Teman lelaki Momo bertengkar dengan pekerja, dan salah seorang daripada mereka menghubungi pengurus kedai, yang masuk ke kedai 10 minit kemudian.

Selepas bercakap dengan pekerja, pengurus itu menghampiri pasangan itu dan memberitahu mereka tentang bau badan.

Keadaan itu kemudiannya menjadi sedikit janggal bagi Momo, yang kemudiannya mengakui bahawa dia boleh menghidu bau badannya tetapi dalam pembelaannya, tempat itu panas.

“Mereka tidak mempunyai penghawa dingin di tingkat 2, dan saya berpeluh apabila saya memakai gaun itu.

“Sejujurnya saya tidak fikir saya harus bertanggungjawab untuk itu,” ujarnya.

Untuk tidak memanjangkan pertengkaran, Momo tidak mempunyai pilihan selain membayar RMB2,000 (kira-kira RM1,223) untuk gaun pengantin yang tidak diingini.

Baca juga: Netizen dakwa Ryan Bakery dibayar hampir RM500k untuk iklan raya Petronas 30 saat