Malaysia Dateline

Datuk Seri Dr Salleh Said Kruak

Cabang Kota Belud tolak Salleh sertai PKR dakwa gugat peluang Anwar jadi PM

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Belud mahu kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menimbang kemasukan bekas ahli Umno merasa gusar dengan spekulasi penerimaan keahlian Datuk Seri Dr Salleh Said Said ke dalam parti itu.

Ketua AMKnya Ramzis Datu Mudin mendakwa sekiranya penerimaan keahlian Salleh ke dalam PKR tanpa pengetahuan Pimpinan Cabang adalah amat diragui.

“Penerimaan kehalian beliau wajar dipertimbangkan dengan penuh hati-hati oleh pimpinan Pusat dan perlu mendengar pandangan daripada Cabang dan pimpinan Negeri.

“Kami menggalakkan keahlian baru dalam memperjuangkan agenda Reformasi terutama di kalangan generasi muda di Daerah Kota Belud tetapi bukan pemimpin yang mempunyai rekod buruk dalam memperkasa kepimpinan muda,” ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Ramzis berkata, keputusan PRU14 lalu merupakan signal kepada mantan Menteri Komunikasi zaman BN itu, pengundi muda memerlukan kepimpinan baru untuk membina semula Kota Belud.

“Kota Belud yang semakin malap dari sudut pembangunan Insan dan warganegara yang baik.

“Beliau hanya terkenal dengan permainan licik politik yang menggelapkan ramai pimpinan berpotensi di daerah ini.

“Sebagai pimpinan Muda kami bimbang penerimaan Datuk Salleh akan menjejaskan hubungan baik di antara Komponen Parti Pakatan Harapan di peringkat Pusat dan Negeri serta menjejaskan peluang Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM ke-8,” ujarnya.

Salleh menerusi kenyataan berkata beliau memohon menjadi ahli PKR secara dalam talian dan menyerahkan kepada kepimpinan parti itu untuk mempertimbangkan permohonannya.

Katanya, beliau memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politiknya dan juga suasana politik di Sabah.

Semalam Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Biro Politik parti itu masih mempertimbangkan hasrat bekas pemimpin Umno Sabah itu untuk sertai PKR.