Malaysia Dateline

Cabar debat terbuka dengan Muhyiddin

Pada 2 Mac lalu, saya telah mengirim sepucuk surat kepada Muhyiddin Yassin di dua alamat; satu di pejabat rasmi beliau dan salinannya ke rumah beliau di Bukit Damansara.

Surat yang bertarikh 1 Mac itu yang dihantar melalui Pos Laju ialah berhubung debat terbuka antara beliau dan Tun Dr. Mahathir.

Bagi memastikan beliau terima dan membacanya sekali lagi surat tersebut dihantar ke kedua-dua alamat tersebut bertarikh 8 Mac lalu; kali ini saya menggunakan khidmat penghantaran GDexpress.

Mengikut rekod dari kedua-dua syarikat perkhidmatan penghantaran tersebut, surat tersebut sudah pun dihantar dan diterima.

Walaupun 15 Mac adalah tempoh jawapan yang diberi namun ianya dipanjangkan lagi hingga ke hari ini Ahad 21 Mac.

Sambungan tempoh jawapan ini bagi memberi peluang atau masa yang secukupnya untuk beliau berfikir dan membuat keputusan.

Dengan keengganan beliau memberi jawapan, ini jelas membuktikan beliau adalah seorang pengecut dan penakut berhadapan dengan kenyataan sebenar.

Ini juga membuktikan beliau tidak peduli apa pandangan atau persepsi rakyat terhadap beliau asalkan beliau boleh terus berada di tempat yang diambilnya melalui rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan pintu belakang dengan sokongan musuh utama beliau, Umno dan Pas.

Terlalu banyak komen mengatakan amat mustahil beliau berani berhadapan Tun sedangkan berhadapan dengan wartawan-wartawan tempatan pun tidak berani.

Inilah nasib rakyat Malaysia yang berketuakan seorang penipu dan penyamun yang hanya gila kuasa tetapi senantiasa hidup dalam ketakutan.

Jika rakyat boleh buang Umno-BN, rakyat juga pasti akan buang kerajaan yang ada ini.

Apabila hilang kuasa, ketika itu katak-katak yang melompat akan bersuara, justeru tunggulah masanya akan sampai menghadapi segala kuasa undang-undang yang sedia ada.

Sekarang ini pelbagai cara atau taktik digunakan sama ada menggunakan kekerasan, ugutan atau jutaan ringgit bagi tujuan membuktikan bahawa kerajaan beliau sudah mempunyai cukup sokongan untuk terus bertakhta.

Janganlah jadi ayam jantan yang hanya tahu berkokok tetapi ekornya berlumuran najis.

Semoga Allah SWT menerima doa orang yang terpalit dengan berbagai kesalahan dan kehinaan.

Berani kerana benar, takut kerana salah.