Cabaran baharu dalam wilayah baharu

Cabaran baharu dalam wilayah baharu

Suatu yang menarik bila menjadi sebahagian anggota pentadbiran Kerajaan yang baru ini adalah pendedahan kepada perkara perkara baru. Ia ibarat berada di satu wilayah baru yang amat asing kepada saya.

Antara tugas rasmi saya adalah menjawab soalan-soalan para ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara ketika sidang kedua-dua dewan itu berlangsung.

Tugas tersebut menuntut saya memahami isu yang dibangkitkan dengan betul dan tepat sebelum saya boleh menjawab. Saya akui ia suatu tugas yang amat mencabar.

But, i love it. Maka tidak dapat tidak saya wajib membaca pelbagai dokumen dan material yang bukan tipis. Alhamdulillah latar belakang saya sebagai mantan pengamal undang-undang amat banyak membantu.

Sebagai satu contoh bila isu berkaitan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca, (bahasa Portugis), Middle Rock dan South Ledge (Tubir Selatan ) dibangkitkan, saya tidak pasti berapa banyak material dan dokumen yang telah saya baca dan tekuni.

Alhamdulillah terdedahlah saya kepada banyak perkara dan disiplin ilmu yang berkaitan.

Maka saya perlu faham apakah itu misalnya Note verbale, aide-memoire (istilah atau lingo diplomatik), terra nulius dan macam macam lagilah. Dan ia bercabang cabang. Dari isu Pedra Branca, alhamdulillah saya terdedah juga misalnya dengan “dispute” berkaitan Bir Tawil antara Kerajaan Mesir dan Sudan bila saya cuba memahami terra nulius .

Saya juga kena bezakan isu Pulau Batu Putih dengan isu Pulau Pisang misalnya yang ada MP atau Senator bertanya mengapakah sehinga kini Malaysia kena terus benarkan Singapura terus menerus mengendalikan rumah api (light house) di Pulau itu meskipun Singapura tidak pernah mempertikaikan pulau tersebut adalah milik Malaysia.

(Ia dinyatakan secara jelas dalam penghakiman ICJ dalam kes Batu Puteh dan juga kenyataan Prof S. Jeyakumar, mantan Menteri senior Singapura ).

Maka saya kena juga tahu “indenture” antara Malaysia dan Singapura dan prinsip “pacta sunt servanda” dalam undang undang antarabangsa.

Itu baru, misalnya, satu isu. Realitinya banyak lagi isu lain yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu yang berbeza yang perlu saya hadam.

Apa pun, I love it.