Cabaran dan dugaan hebat dihadapi Turki

Cabaran dan dugaan hebat dihadapi Turki

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas pengeboman yang mengorbankan lebih seratus nyawa rakyat Turki di Angkara baru-baru ini, negara itu berhadapan dengan insiden tembakan pesawat Rusia beberapa minggu lepas.

Pada hari Selasa pula sembilan orang terbunuh dan berbelas lagi cedera dalam pengeboman berani mati di kawasan pelancongan Sultanahmet di Istanbul.

Industri pelancongan yang sudah merosot sejak bermulanya peperangan di Syria sudah pasti akan lebih terkesan akibat insiden pengeboman itu.

Secara kebetulan saya berada di Istanbul semasa insiden terbaru dan sempat meninjau situasi sebelum dan selepas insiden berdarah terbaru ini.

T

Turki merupakan negara ‘moderate’ yang cuba mengimbangi situasi serantau yang bergelora dengan diplomasi yang tersendiri.

Selain isu tersebut bagaimanakah sebuah negara moderate seperti Turki menangani masalah serantau seperti peperangan di yemen dan terkini perbahalahan antara Arab Saudi dan Iran disebabkan penghukuman bunuh seorang tokoh Syiah rakyat Saudi yang dikecam oleh kerajaan Iran.

Perbalahan atas hukuman bunuh tokoh Syiah mengancam untuk mencetuskan pertembungan lebih luas pihak Sunni dan Syiah serantau malahan seluruh dunia.

Turki merupakan model contoh negara Islam sederhana yang berjaya dan demokratik  layak dicontohi negara Islam lain ke arah kejayaan yang boleh dibanggakan.

Turki telah berjaya membuat pendirian tegas menghadapi tekanan kuasa besar Amerika dan Rusia.

Sudah nyata kejayaan cemerlang Turki yang muncul melonjak diantara 10 ekonomi terbaik dunia dalam masa 15 tahun ini.

Nyata juga peranan Turki sebagai teraju yang mampu menjadi contoh ekonomi dan juga demokrasi terbaik dunia Islam hari ini.

Sudah jelas tanggungjawab besar Turki mengambil 2.2 juta pelarian Syria, Malaysia pula dengan penduduk hanya 30 juta menolak pelarian Rohingya yang kebuluran di laut.

Semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada Turki mengatasi dugaan semasa dan terus menjadi contoh ekonomi dan demokrasi terbaik negara Islam.

*Penulis Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

 

CATEGORIES