Selepas presiden PAS dan Umno duduk sepentas, timbalan presiden cadang Najib bercuti

Selepas presiden PAS dan Umno duduk sepentas, timbalan presiden cadang Najib bercuti

Selepas seminggu Presiden PAS dan Umno berpakaian sedondon duduk sepentas, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Datuk Seri Mohd Najib Razak bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan hasil siasatan mereka terhadap laporan 1MDB.

Naib Presiden Umno Datuk Hishamuddin Hussein

Selepas seminggu Presiden PAS dan Umno berpakaian sedondon duduk sepentas, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Datuk Seri Mohd Najib Razak bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan hasil siasatan mereka terhadap laporan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menggesa Najib berbuat demikian sebagai menjawab balas kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Umno, Datuk Hishamuddin Hussein yang mahu tugas memulihkan imej Islam harus di beri keutamaan.

“Pada dasarnya, saya setuju dengan cadangan tersebut (Hishamuddin). Memperbaiki imej Islam bukan pada gaya pakaian atau negara tertentu. Tetapi ianya turut melibatkan penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim telah mencadangkan kepada Umno sebagai kerajaan memerintah untuk melaksanakan beberapa perkara berikut sebagai mengambil langkah pertama untuk memperbaiki nama Malaysia dan Islam.

1. Meminta Presiden Umno bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB. Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan.

2. Menghapuskan GST. Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai.

3. Mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

4. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing.

5. Menyiasat Yapiem dengan telus dan terbuka dan memastikan mereka yang didapati menyeleweng dana Yapiem dibawa ke muka keadilan.

6. Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.
Semua perkara ini boleh dilakukan Umno tanpa PAS, sebagai langkah Umno menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam.

Tuan Ibrahim juga berkata, PAS akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Addin dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat.

 Hishammuddin Hussein dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, ketika ditanya mengenai kerjasama politik antara Umno dan PAS, beliau menekankan supaya keutamaan politik pada masa kini ialah untuk memperbaiki imej Islam di mata negara dunia.

Hishamuddin berkata isunya ialah mengenai imej Islam dan bukannya mengenai perjanjian kerjasama tersebut.

“Kita perlu baiki imej Islam. Itu sebabnya kita sedang bekerjasama dengan Arab Saudi.

“Ia sebagai satu isyarat simbolik kepada negara dunia. Sama dengan Pas dan UMNO di mana keutamaan harus diberikan kepada Islam.

TAGS