Cadangan ‘gencatan serangan’: Azmin sambut baik pendirian Tuan Ibrahim

Cadangan ‘gencatan serangan’: Azmin sambut baik pendirian Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik tawaran ‘gencatan serangan’ rakan sejawatnya dalam Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Azmin yang juga menteri besar Selangor memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

“Pendirian baru yang dikemukakan oleh Pas memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang,” katanya seperti dipetik Malyaysiakini semalam.

Tuan Ibrahim membuat seruan itu bagi memberi fokus kepada “musuh sebenar”, iaitu Umno dan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan mempunyai banyak persamaan dan hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

Dalam kenyataannya petang ini, Azmin berkata sejarah membuktikan perpaduan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen dua kali berturut-turut.

Pembangkang juga, katanya, memperoleh majoriti undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Sebaliknya, perpecahan hanya menguntungkan BN, seperti dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, kata Azmin.

COMMENTS

Wordpress (0)