Malaysia Dateline

Cadangan Husam ‘Save Kelantan’ dapat reaksi hangat kawan dan lawan

Cadangan Datuk Husam Musa mahu menggerakkan kempen “Save Kelantan” mendapat reaksi yang hangat dari penyokong AMANAH bahkan juga penyokong Pas di Kelantan.

Bagi penyokong AMANAH, gerakan ini akan mendapat sokongan dan boleh menggerakkan pencinta kebenaran untuk bergabung tenaga.

Namun bagi penyokong Pas, ia bukan satu perkara baru malah bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin pernah gagal dalam usahanya untuk merampas Kelantan dari Pas dengan slogan yang hampir sama sebelum ini.

Amir Sulaiman menulis, “Yes…ni baru ada move. Dapatkan lebih banyak ahli-ahli Pas yang marah dengan dasar Pas menjilat Umno kini. Wujudkan gelombang penolakan dan keluarkan mereka dari Pas. Bukan terhegeh-hegeh percaya Tun ada numbers.”

Adenan Ismail pula mengulas, masalah Kelantan memang sangat kronik bermula dari kekotoran dan sampah sehinggalah masalah sosial terutamanya yg melanda anak muda.

Bagi beliau, ia dibiarkan tanpa sebarang langkah konkrit oleh Kerajaan Negeri sejak memerintah Kelantan berdekad yang lalu sehinggalah kepada pembangunan fizikal yang amat jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

“Jelas menunjukkan Kerajaan Pas telah 100% gagal membawa hasanah di dunia dan hasanah di Akhirat.

“Ingatlah semua pemimpin Pas akan mati dan kena jawab di akhirat sama ada tanggungjawab telah dilaksanakan atau tidak atau sekadar llmu tanpa ‘Amal,” tulis beliau.

Mohd Shahri pula menulis, rasanya agak sukar juga mahu mengubah budaya politik dan persepsi majoriti warga Kelantan.

“Husam Musa mungkin boleh memulakan suatu langkah awal ke arah perubahan itu. Dia secara peribadi dijangka mampu memenangi satu atau dua kerusi PRU15,” kata beliau.

Namun, katanya, apapun majoriti rakyat Kelantan diyakini tetap kekal mempertahankan kerajaan Umno-Pas sekarang ini dengan keyakinan bahawa Kelantan adalah satu-satunya bumi subur sebagai tanah “tadahan hujan” selain selain tanah “tadahan wahyu”

“Menukar kerajaan selain Umno-Pas akan mendedahkan kepada kejahatan dan khianat Cina kafir DAP dan sekutunya… Itulah PERSEPSI yang KUKUH mengakar di kalangan rakyat Kelantan termasuk sebahagian besar perantau di pantai barat,” kata beliau.

Hazmira Abu Hanipah pula berkata, “Semoga dipermudahkan urusan Datuk Hussam..sebagai anak perantau yang berasal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur saya dapat rasai perubahan pernah tinggal di Selangor dan kini Negeri Sembilan..samalah negeri saya pun rakyatnya dah pekat jugok dengan BN”.

Namun di sebalik sokongan, tidak kurang juga mengecam cadangan bekas Naib Presiden AMANAH yang meletakkan jawatan di peringkat pusat kerana mahu memberikan tumpuan kepada Kelantan itu.

Denzil Haroun menulis, “‘Save Kelantan’.. tema yang akan memakan diri. Seperti Khairy Jamaluddin buat tema “Pade Doh 18 Tahun”.

“Lebih sesuai (tapi tetap sukar) tema yang awal-awal lagi dibawa oleh Nik Omar: Fastabiqul Khairat,” kata beliau.

“Angan-angan Mat Jenin. Angan-angan Jin Kuasa 10,” tulis Rashidi Sheedy menyindir kenyataan bekas Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah yang berkata, Husam mempunyai kuasa dan pengaruh luar biasa walaupun hanya seorang sahaja tetapi berkuasa 10 kali ganda.

Azman Hasbullah pula menulis, “Hahahah…..ingat kan selamatkan Kelantan daripada PAN.”