Malaysia Dateline

Cadangan Jalan TAR kawasan jalan kaki berjalan lancar

Perancangan untuk menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur sebagai jalan pesiar kaki berjalan dengan lancar.

Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bertemu dengan dua persatuan peniaga utama di sekitar kawasan itu dan pertemuan itu berjalan sangat baik.

“Saya bertemu dengan BARRA dan MIBA lagi hari ini bagi membincangkan kata putus tentang cadangan itu.

“Kita akan mengumumkan keputusan akhir kita minggu depan sebelum ia dilaksanakan” kata Khalid kepada media yang bertemu beliau selepas pertemuan itu.

BARRA adalah Persatuan Perniaga Batu Road manakala MIBA adalah persatuan peniaga di Jalan Masjid India.

Kedua-dua persatuan ini terlibat secara langsung dengan cadangan untuk menjadikan kawasan Jalan TAR sebagai kawasan pesiar jalan kaki.

Sebelum ini Khalid mengumumkan 15 Mac ini sebagai tarikh permulaan pelaksanaannya.

Ekoran itu, Khalid telah berbincang dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan cadangan yang menjadi sebahagian dari projek River Of Life itu.