Cadangan MB Terengganu ECRL diteruskan sudah terlewat,tidak praktikal, kata Hanipa

Cadangan MB Terengganu ECRL diteruskan sudah terlewat,tidak praktikal, kata Hanipa

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Cadangan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar agar kerajaan Pakatan Harapan mencari alternatif lain bagi meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah terlewat dan tidak praktikal.

Timbalan Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri Mohamad Hanipa Maidin berkata, menteri besar Terengganu turut tidak memahami terma kontrak dan kesan sekiranya projek ECRL itu diteruskan.

“Dengan penuh hormat, saya rasa hujah YAB MB Trengganu bahawa kena cari alternatif lain misalnya cari local tender dan buat JV dengan “foreign partners”, meskipun tidak salah tapi agak terlewat dan tidak begitu practical di peringkat ini.

“Selain itu, ia juga menunjukkan, dengan hormat, kekeliruan beliau memahami “the true nature of ” terma dan kesan kontrak ECRL tersebut kepada ekonomi Malaysia.

“Perkara asas bila ekonomi Malaysia teruk,ekonomi negeri ,termasuk juga Trengganu, akan turut terjejas teruk kerana faktor spillover,” ujarnya dalam kenyataannya.

Beliau mengulas cadangan dibuat kerajaan negeri Terengganu agar Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membuka tender baharu kepada syarikat tempatan atau luar negara untuk meneruskan projek.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada Rabu dipetik, berkata amat merugikan andai ECRL dihentikan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berkata,dengan pembatalan projek ECRL itu adalah pilihan terbaik dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan walaupun Dr Ahmad Samsuri berhujah dengan pembatalan projek mega tersebut akan menjejaskan ekonomi Trengganu.

“Beliau juga mencadangkan sebagai ganti pembatalan, Kerajaan cari alternatif lain seperti mencari tender tempatan dan adakan JV dengan rakan kongsi asing ( foreign partners ) dengan kos yang lebih munasabah.

“Mungkin boleh dihujah ada kebaikan atau aspek positif ECRL dari sudut sudut tertentu. Namun apabila YB Menteri Kewangan dedah kos sebenar ECRL adalah sebanyak RM 81 bilion dan ianya tidak termasuk kos operasi ( operating cost ), saya rasa pembatalan adalah option yang paling viable di waktu ini.

“Dalam membuat keputusan , prinsip yang wajar dipegang oleh Kerajaan adalah, bagi saya, adakah manfaat mengatasi mudarat atau sebaliknya? Atau jika ada dua mudarat, mudarat mana yang lebih kecil ? Di antara penerusan projek atau pembatalannya di masa ini ?

“Dan sudah tentu perkiraan kita juga bukan sahaja isu kos. Isu terma-terma kontrak yang dilihat tidak “favourable” atau kondusif kepada kepentingan Malaysia juga wajar diambil kira sepertimana yang didedah oleh YAB PM.

“Jika diteruskan projek semega itu dengan kontrak yang sedia ada, saya percaya mudaratnya mungkin bukan sahaja mengatasi manfaat tapi ia juga makin membekak,” ujarnya.

Pada rangka lawatan delegasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.

Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.

Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.

Dr Mahathir sebelum ini menolak projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak ‘pelik’ kerana negara perlu membiayainya dengan pinjaman dari China, selain mengupah kontraktor dari negara itu.

 

 

6.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 5.0
CATEGORIES
TAGS