Malaysia Dateline

Cagamas akhiri 2018 dengan terbitan berjumlah RM15.8 bilion

Perbadanan gadai janji negara, Cagamas Bhd, hari ini mengumumkan gabungan terbitan bon dan sukuk berjumlah RM1.4 bilion, menjadikan jumlah terbitan pada tahun ini kepada RM15.8 bilion, mengatasi sasaran awalnya.

Terbitan terkini bernilai RM1.4 bilion terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) RM800 juta, Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM400 juta, Kertas Komersial Konvensional (CCP) RM100 juta dan Kertas Komersial Islam (ICP) RM100 juta.

CMTN dan IMTN yang diterbitkan akan matang dalam tempoh satu tahun manakala CCP dan ICP diterbitkan untuk tempoh 6 bulan.

 

–BERNAMA