Malaysia Dateline

Caj Air: Pulau Pinang siap siaga tunggu tindakan Kedah

Setakat ini Pulau Pinang masih lagi menanti sebarang kemungkinan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Kedah membabitkan isu caj air mentah Sungai Muda sepertimana yang hangat dibangkitkan tatkala ini.

Sehubungan itu kerajaan negeri Pulau Pinang siap siaga terhadap sebarang tuntutan mengenai perkara tersebut termasuklah tindakan mahkamah sepertimana yang dinyatakan oleh kerajaan negeri Kedah melalui Menteri Besarnya baru-baru ini.

Demikian dizahirkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Tegas beliau, sehingga ini belum ada apa-apa tindakan yang diambil ileh Kedah, namun begitu adalah difahamkan lembaga pengurusan air Kedah ada menyatakan secara bertulis bagi membuat tuntutan kepada pihak berkuasa air di Pulau Pinang.

“Walau bagaimana pun Pulau Pinang telah menyatakan kedudukan sebenar bahawa kita tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

” Sebenarnya hak penggunaan air air mentah dari Sungai Muda telah pun dinyatakan perakuannya oleh Menteri Alam Sekitar dan Air semasa persidangan Parlimen sebelum ini apabila ia mencadangkan Pulau Pinang memberi sumbangan kepada Kedah, sebaliknya Kedah tetap mahu kenakan caj air mentah tersebut.

“Pulau Pinang ingin menyelesaikan isu ini secara rundingan walaupun sebelum ini Kedah menyatakan hasrat kemungkinan akan membawa isu ini ke mahkamah seandainya isu ini tidak dapat diselesaikan,” ujar beliau.